Pemandu mati ditimpa beras
2010/06/19
MUATAN beras bertaburan dalam kemalangan di KM 265.7 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Jelapang yang menyebabkan pemandu lori terbunuh awal pagi semalam.
IPOH: Seorang pemandu lori terbunuh manakala kelindannya parah selepas muatan beras yang dibawa menimpa kedua-dua mereka dalam kemalangan di Kilometer 265.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Jelapang, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata kejadian berlaku jam 1 pagi dan mangsa yang terbunuh ialah Mohd Azam Mohd Nor, 34, dipercayai berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Sumber: Berita Harian Online, 19/6/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan