PILIHANKU

TAJAAN

17 Jun 2010

DIKIR BARAT SEIRING PEREDARAN MASA...?



Menambah nilai dikir barat




PASIR MAS 16 Jun - Dikir barat yang merupakan satu bentuk hiburan tradisional masyarakat Kelantan terus subur kerana keupayaannya disesuai dan dikembangkan mengikut peredaran zaman.
Lazimnya pada masa silam, ia dinyanyikan secara berkumpulan oleh beberapa anak muda berbaju putih dengan lilitan kain sarung di pinggang dan batik lepas di kepala.
Di atas bangsal, tok juara dan tukang karut berlagu di tengah-tengah bulatan para pemain dan liriknya adalah apa sahaja yang terlintas di kepala mereka di tengah ban.
Selain sumber hiburan bagi meriahkan suasana dalam sesuatu majlis dan memenuhi slot di stesen radio tempatan, peranannya juga kini dipelbagaikan termasuk bagi mempromosikan produk perniagaan di samping menyampaikan maklumat.
Kumpulan-kumpulan dikir barat juga kini muncul dengan pelbagai kostum warna warni malah dipersembahkan dengan pelbagai gaya dan bahasa bagi menarik perhatian penonton.
Bagi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, seni persembahan itu harus diperluas sebagai landasan yang boleh memupuk perpaduan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 17/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan