PILIHANKU

TAJAAN

01 Julai 2010

BUKTIKAN JIKA DASAR ISLAM SALAH...?

Nik Aziz Cabar Karpal Buktikan Dasar Islam Pas Salah
KOTA BAHARU, 30 Jun (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah.

Beliau, yang juga Menteri Besar Kelantan, menganggap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.

Nik Abdul Aziz berkata PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, termasuk DAP.

Katanya, jika terdapat suara-suara sumbang yang lahir daripada pemimpin parti pakatan pembangkang yang mencurigai hasrat PAS itu, hanyalah merupakan pendapat peribadi masing-masing.
Sumber: Sedutan daripada BERNAMA, 30/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan