Komandan MTD ditukar
Oleh Hardi Effendi Yaacobhardi@bharian.com.my2010/07/02
Tindakan kembali integriti
BANGI: Keputusan Kementerian Pertahanan menukar Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD) berikutan kejadian seorang pelajarnya didera hingga mati, bertujuan memulihkan nama baik institusi pendidikan ketenteraan itu dan memantapkan pentadbirannya, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yakin langkah itu mengembalikan keyakinan orang ramai, terutama ibu bapa bahawa kementerian tidak sesekali berkompromi dengan kegiatan buli, dera atau mana-mana perbuatan seumpamanya di sekolahnya.
Sumber: Berita Harian Online, 2/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan