DITEMUI MATI KERANA BUNUH DIRI...?
Pelakon popular Korea Selatan yang membintangi drama bersiri popular Winter Sonata, Park Yong -ha ditemui mati di kediamannya dengan petunjuk mengatakan dia membunuh diri, hari ini.
Agensi berita Yonhap melaporkan, pihak polis memberitahu Park Yong-ha, 33, didapati menggantung diri di kediamannya di Seoul.

KES BUNUH DIRI TINGGI DI KOREA SELATAN.
Park mula terkenal pada lewat tahun 1990-an dan semakin dikenali ramai termasuk di Malaysia apabila dramaWinter Sonata mendapat sambutan menggalakkan di beberapa negara termasuk Malaysia.
Winter Sonata mencetuskan fenomena terhadap kegilaan penonton terhadap drama bersiri dari negara itu.
MUNGKINKAH DI SEBALIK SENYUMAN MANIS, HIDUPNYA SUNYI?
Yonhap melaporkan, tiada nota bunuh diri ditemui tetapi pihak polis mengatakan Park ada menghantar pesanan ringkas meminta maaf kepada ayahnya yang sedang sakit kerana menghidap kanser perut sebelum itu.
Ada juga sumber mengatakan aktor itu seorang yang rajin merawat bapanya dan dia juga mengambil pil tidur kerana menghidap insomnia.
Sumber: Mangga Online, 2/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan