PILIHANKU

TAJAAN

08 Ogos 2010

PUTERI ARYANI DENGAN 100 ULAR BERBISA...?

Ibu tinggal bersama 100 ekor ular berbisa

Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan (dua dari kanan) bersama Puteri Nurariani Saiful Yazan (kanan) serta tiga rakan lain memegang ular sawa di Kota Bharu, kelmarin .



KOTA BHARU 7 Julai - Keberanian seorang gadis, Puteri Aryani Saiful Yuzah, 24, tinggal bersama 100 ekor ular berbisa menarik perhatian pengunjung Pameran dan Pertunjukan Ular 2010 yang sedang diadakan di Perbadanan Muzium Kelantan di sini.
Puteri Aryani akan tinggal bersama ular berkenaan di dalam bilik kaca berukuran kira-kira empat meter persegi selama 12 jam sehari bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam selama sebulan bermula semalam sehingga 6 Ogos ini.
Menurut gadis berasal dari Sungai Petani, Kedah, penyertaannya dalam pertunjukan tersebut adalah sebagai latihan untuk mencipta rekod dunia awal tahun depan.
"Semasa bersama-sama ular tersebut, saya cuba mendalami secara lebih dekat kehidupan reptilia berbisa itu," katanya di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan