PILIHANKU

TAJAAN

21 Jun 2010

AKSI PORNO: MEREKA BOLEH DIHUKUM 12 TAHUN...?

‘Peterporn’, aktres hadapi hukuman penjara 12 tahun

2010/06/21

JAKARTA: Tiga artis Indonesia yang dikaitkan dengan rakaman video seks boleh dihukum penjara sehingga 12 tahun dan denda maksimum Rp6 bilion (RM2.1 juta) jika mereka didapati bersalah terbabit dalam pembuatan dan hukuman terlarang. 

Ariel ‘Peterpan’, Luna Maya dan Cut Tari akan dihadapkan dengan Fasal 29 UU No 44 2008 mengenai pornografi jika terbukti terbabit dalam kes yang didakwa, kata Ketua Cawangan Hubungan Masyarakat Ibu Pejabat Polis Republik Indonesia, Jeneral Edward Aritonang.


Beliau juga berkata, selain melanggar perundangan berkenaan, tiga selebriti itu boleh dikenakan dakwaan di bawah undang-undang perzinaan.

Sumber: Berita Harian Online, 21/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan