PILIHANKU

TAJAAN

24 Julai 2010

KERANA LUPA BREK TANGAN...?

Kereta rempuh bumbung rumah



GAMBAR menunjukkan kereta yang dipandu Maria Rizzo merempuh bumbung sebuah rumah di Alassio, utara Itali baru-baru ini.




ROM - Seorang wanita Itali, Maria Rizzo, 34, mungkin tidak akan lupa untuk belajar daripada kesilapan diri apabila keretanya terjunam ke atas bumbung sebuah rumah kerana dia terlupa menarik brek tangan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu berlaku di Alassio, sebuah bandar di utara Itali dekat sempadan Perancis baru-baru ini ketika Rizzo meletak kereta Fiat Panda yang dipandunya di tebing sebuah bukit kecil. Wanita itu kemudian keluar seketika untuk merakamkan beberapa gambar pemandangan.
Sumber: Kosmo! Online,24/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan