PILIHANKU

TAJAAN

22 Julai 2010

UMMU JAH SEBAR AJARAN ASAARI...?

Ummu Jah’ sebar ajaran Asaari

PUTRAJAYA 21 Julai – Walaupun pengasas kumpulan Al-Arqam, Asaari Muhammad meninggal dunia pada 13 Mei lalu tetapi rupa-rupanya pergerakan yang telah diharamkan oleh kerajaan itu tidak berkubur begitu sahaja.
Kepimpinan gerakan tersebut kini beralih tangan apabila tugas menyebarkan ajaran-ajaran Asaari diterajui oleh isteri kedua Asaari, Hatijah Aam , 56, atau lebih dikenali sebagai ‘Ummu Jah’.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, gerakan yang dipimpin oleh Hatijah itu dilakukan dengan berselindung di sebalik nama sebuah syarikat, Global Ikhwan Sdn. Bhd., yang diasaskan oleh Asaari.
Meskipun Global Ikhwan sekarang diketuai oleh anak sulung Allahyarham Asaari, Fakhrur Razi, 48 namun Ummu Jah dilihat lebih mempengaruhi gerakan tersebut dan kini sedang giat melakukan penjenamaan semula imej termasuk di peringkat antarabangsa.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 22/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan