PILIHANKU

TAJAAN

01 Julai 2010

ERA BENITEZ DI LIVERPOOL BERAKHIR...?

Hodgson pengurus baru Liverpool?

30/06/2010 2:18pm

LIVERPOOL 30 Jun - Roy Hodgson telah dinamakan sebagai bakal pengurus baru Liverpool, lapor Liverpool Echo hari ini.
Akhbar itu berkata, Hodgson, 62, akan meninggalkan Merseyside untuk menandatangani kontrak bersama The Red selepas bersetuju dengan tawaran pakej bernilai dua juta pound (RM9.6 juta) yang ditawarkan.
Pengurus berbangsa Inggeris itu akan menggantikan Rafael Benitez yang menjadi pengurus di Anfield selama enam tahun sehingga kontraknya ditamatkan awal bulan ini melalui persetujuan bersama.
Hodgson telah mendapat pujian kerana berjaya membawa Fulham ke perlawanan akhir Piala Europa musim lalu dan cemerlang di Piala UEFA termasuk menewaskan pasukan gergasi Itali, Juventus pada kejohanan tersebut.
Beliau juga telah dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik bagi musim 2009/10 oleh Persatuan Pengurus Liga. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 30/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan