PILIHANKU

TAJAAN

01 Julai 2010

MAUT DIREMPUH KERETA...?

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta

30/06/2010 5:17pm

SEREMBAN 30 Jun - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Seremban-Kuala Pilah, Ampangan dekat sini, hari ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah berkata, Khairul Na’im Nor Yusof, 21, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu.
Beliau berkata, kejadian berlaku apabila sebuah kereta Perodua Myvi yang sedang menuju ke arah Kuala Pilah dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke jalan bertentangan lalu melanggar motosikal yang ditunggang Khairul yang baru keluar dari sebuah stesen minyak.
Katanya, kereta Perodua Myvi itu kemudian merempuh sebuah kereta Proton Persona yang berada di situ dan pemandu kedua-dua buah kereta itu hanya mengalami kecederaan ringan.
Mayat Khairul kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online, 30/6/2010

1 ulasan:

  1. Takziah buat keluarga mangsa.. kepada yang lain berhati2 lah di jalanraya, tapi percayalah ketentuan ILAHI !

    BalasPadam