Pemandu maut kereta terbabas, masuk gaung
02/07/2010 3:57pm
IPOH – Seorang pemandu kereta terbunuh, manakala rakannya cedera parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam gaung di Km 303.6 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kampar semalam.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt. Abd. Aziz Salleh berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian kira kira 9.30 malam tadi, Chew Ee, 42 berasal dari Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor.
Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, rakan mangsa Ahmad Idham, 24 dari Petaling Jaya yang mengalami cedera parah di kepala dirawat di hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Kejadian itu berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur apabila kereta jenis pacuan empat roda itu dikatakan gagal dikawal lalu terbabas dan tercampak ke dalam gaung sedalam 40 meter berhampiran Gua Tempurung.
Sumber: Kosmo! Online, 2/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan