PILIHANKU

TAJAAN

02 Julai 2010

KEMALANGAN DEKAT KUANTAN: SEORANG IBU MAUT...?

Wanita maut selepas kereta langgar pokok

02/07/2010 7:17pm

KUANTAN – Seorang wanita maut, manakala dua anaknya mengalami kecederaan ringan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di KM 146.9, Jalan Kuantan-Pekan, semalam.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt. Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.40 petang semasa pemandu kereta itu, wanita warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Sugiyanti, sedang dalam perjalanan menghala ke selatan bersama dua anaknya.
"Kereta yang dipandu oleh Sugiyanti yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat, terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum melanggar sebatang pokok dalam kejadian itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sumber: Kosmo! Online, 2/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan