PILIHANKU

TAJAAN

02 Julai 2010

WARGA INDON BUANG BAYI...?

Gambar hiasan...?

Warga Indonesia mengaku salah buang bayi

02/07/2010 3:02pm

SEREMBAN – Seorang wanita warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini kerana tuduhan membuang bayinya yang baru dilahirkan di atas tong sampah di sebuah rumah teres di No. 705, Jalan Sri Pulai 46/3, Taman Sri Pulai 3, di sini Selasa lepas.
Majistret Marsilawati Mohamad Shah membenarkan wanita itu yang hanya dikenali sebagai Rusmiyah, 22, diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin warga Malaysia dan menetapkan 8 September depan bagi hukuman.
Dia dituduh mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sumber: Kosmo! Online, 2/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan