PILIHANKU

TAJAAN

01 Jun 2010



30,000 ahli Facebook tarik diri tanda protes 


2010/06/01

SAN FRANCISCO: Satu kumpulan yang memprotes polisi peribadi keahlian Facefook mendakwa lebih 30,000 orang sudah menarik diri daripada menganggotai rangkaian sosial internet gergasi itu.

“Bagi kami, dua perkara menjadi persoalan, iaitu pilihan lebih bebas dan memperoleh lebih tumpuan.
"Pada pandangan kami, Facebook tidak melakukan yang terbaik kerana dari segi jabatan atau organisasinya, mereka tidak memperkenalkan diri mereka," kata kumpulan itu dalam satu laman web yang dikenali "Hari Keluar Daripada Facebook (Quit Facebook Day).
“Facebook memberi kita pilihan bagaimana untuk menguruskan data peribadi kita, tetapi ia bukan pilihan yang adil," katanya.

Beliau berkata, menjelang tengah malam semalam, 32,749 sudah keluar daripada Facebook di seluruh dunia.

Facebook.com dilayari lebih 540 juta orang ramai di seluruh dunia, iaitu 35 peratus daripada populasi internet, menurut data dikeluarkan Google.

Facebook kini melakukan pindaaan terhadap kawalan data peribadi ahlinya selepas dikritik hebat kerana melanggari kepercayaan ahli dengan mengeluarkan maklumat peribadi pelanggan. - AFP
Sumber: Berita Harian Online, 1/6/2010.  
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan