PILIHANKU

TAJAAN

21 Jun 2010

KEPALA JANIN TERSEKAT DI DALAM MANGKUK TANDAS...?

Janin dalam mangkuk tandas

2010/06/21

KUALA LUMPUR: Janin lelaki dipercayai berusia enam bulan dijumpai di dalam mangkuk tandas di sebuah hotel bajet di Jalan Changkat Tong Shin, Bukit Bintang di sini, semalam.

Penemuan dibuat seorang pekerja hotel itu berusia lewat 20-an ketika sedang mengemas bilik berkenaan kira-kira jam 6.30 pagi.
Difahamkan, wanita itu terkejut apabila terlihat objek seperti kepala di dalam mangkuk tandas bilik hotel sebelum memaklumkan kepada majikannya yang kemudian menghubungi polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, yang mengesahkan penemuan mayat bayi itu berkata, sekumpulan anggota dan pegawai bersama unit forensik bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan.

“Kepala bayi itu tersekat di dalam mangkuk tandas berkenaan. Bagaimanapun, mayat bayi itu berjaya dikeluarkan kira-kira 30 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi, semalam. 


Sumber: Berita Harian Online, 21/6/2010

Gambar hiasan....?

2 ulasan:

  1. AFTARFIRULAHALAZIM...! Makin Lama makin menjadi jadi plak kes macam nie... Inilah tanda tanda akhir zaman..

    BalasPadam
  2. Mungkin salah kita juga. Kerana kaedah pencegahan kita tidak terus ke akar umbi. Misalnya, masyarakat sibuk nak fikir bina tempat perlindungan bayi.... ini namanya nak menggalakkan kes pembuangan bayi dan zina?

    BalasPadam