PILIHANKU

TAJAAN

21 Jun 2010

PANTAI CAHAYA BULAN...?





Pantai Cahaya Bulan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pantai Cahaya Bulan merupakan salah sebuah pantai yang terkenal di negeri KelantanMalaysia. Terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB sahaja.
Pesisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular dalam kalangan keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.
Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional . Ini ialah kawasan kraf tangan yang penting di negeri seperti pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta barangan perak.
Sumber: Ubah suai daripada WIKIPEDIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan