PILIHANKU

TAJAAN

01 Julai 2010

BIOTEKNOLOGI: TINGKATKAN KUALITI HIDUP...?

Bioteknologi  
Bioteknologi merupakan salah satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai aspek seperti perubatan, makanan, persekitaran dan kesejahteraan secara amnya.
Antara contoh penggunaan bioteknologi ialah pencapjarian DNA bagi mengesan penjenayah dan mengenal pasti penyakit genetik; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dan penghasilan tanaman transgenik (transgenic crops) dalam sektor pertanian.

Rancangan Malaysia Ke-9 - Bab 6 menyatakan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab industri bioteknologi. Dalam usaha untuk menjadi salah sebuah negara utama dalam bidang ini, Kerajaan telah melancarkan Dasar Bioteknologi Kebangsaan (NBP) pada buan April 2005. Lantaran itu, Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang bertanggungjawab membangunkan industri ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan