PILIHANKU

TAJAAN

06 Julai 2010

BUDAK TI'NO GANAS...?

3 pelajar perempuan serang rakan kena tindakan disiplin

2010/07/06

KOTA BHARU: Tiga orang pelajar perempuan yang menyerang seorang rakan persekolahan mereka dalam kejadian di Tumpat Rabu lalu, kini berdepan tindakan disiplin, termasuk boleh dibuang dari sekolah. 

Tindakan disiplin itu boleh diambil terhadap mereka oleh pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan itu, yang sudah diarah mengemukakan laporan mengenai kejadian terbabit kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan.


Susulan laporan polis yang dibuat mangsa, tiga orang pelajar berusia 15 dan 17 tahun itu turut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Gambar hiasan...?

Sumber: Berita Harian Online, 6/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan