PILIHANKU

TAJAAN

07 Julai 2010

GEMPUR GERILA: 12 TERBUNUH DI COLOMBIA...?

12 maut:Tentera Colombia gempur kubu gerila...? 

07/07/2010 3:14am


BOGOTA 7 Julai - Pasukan bersenjata Colombia berjaya membunuh 12 orang gerila dalam serangan di kawasan pergunungan barat laut yang dikuasai pemberontak keturunan Andean, kata Presiden Alvaro Uribe.
Para pemberontak terus melancarkan serangan ke atas negara pengeluar minyak ke empat terpenting di Amerika Latin itu, namun keganasan mula berkurangan selepas Uribe meminta bantuan tentera Amerika Syarikat yang memaksa kumpulan pemberontak bersenjata berundur ke daerah-daerah terpencil.
“Pukul empat pagi semalam, 12 orang gerila terbunuh dan enam berjaya ditangkap hasil tindakan cemerlang pasukan perisikan dan tentera udara Colombia,” kata Uribe kepada pemberita.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 7/7/2010
Gambar hiasan.....?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan