PILIHANKU

TAJAAN

21 Julai 2010

MAUT DI TEROWONG LEBUH RAYA...?

Pelajar maut kemalangan dua motosikal

20/07/2010 7:44pm

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki Kolej Matrikulasi Shah Alam maut, manakala tiga orang rakannya cedera parah dalam satu kemalangan di terowong Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) menghala ke Damansara, dekat sini awal hari ini.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Norfazwan Mohamad, 19, dari Parit Melintang, Perak.
Tiga orang rakannya yang cedera ialah Ameerul Arif Abdul Razak, 19, dari Batu Pahat, Johor; Mohd. Khairul Anuar Jalani, 19, dari Hutan Melintang, Perak; dan Mohamad Farid Atan, 19, juga dari Hutan Melintang, Perak.
Sumber: Kosmo! Online, 20/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan