PILIHANKU

TAJAAN

07 Julai 2010

MENJAGA KESIHATAN HATI...?

Lindungi hati daripada toksik

Kesihatan hati boleh terjejas akibat pengumpulan toksik berlebihan. Bagaimana boleh berlaku dan apa yang boleh diamalkan dalam usaha menyingkirkan toksik sekali gus mengekalkan kesihatan hati?

Jawapan

Bahan bertoksik boleh disumbangkan oleh banyak faktor seperti daripada udara, makanan serta air yang jarang kita sedari. Begitu juga dengan tubuh kita sendiri dan bakteria juga menghasilkan toksin. Jenis-jenis bahan bertoksik termasuklah logam berat, bahan kimia, pengambilan ubat-ubatan dalam tempoh yang lama, alkohol, racun serangga, racun rumpai, pengawet makanan dan sebagainya.

Untuk mengurangkan penyerapan bahan-bahan bertoksik, dicadangkan pengambilan diet yang kaya serat, seperti yang boleh diperoleh daripada sayur-sayuran. Serat mempunyai kebolehan mengikat toksin dalam usus serta menggalakkan penyingkirannya.

Antara herba yang banyak dicadangkan oleh pakar herba untuk membantu menangani masalah hati adalah Milk Thistle. Herba ini berfungsi sebagai tonik hati dan digunakan sejak berkurun-kurun lamanya di serata dunia. Keunikannya ialah kandungan silymarin, manakala silybin merupakan komponen silymarin yang paling aktif. Silybin mengandungi antioksida dan bahan pelindung hati (Hepato-protective properties).
Sumber: Ubah suai daripada Utusan Malaysia Online, 6/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan