PILIHANKU

TAJAAN

08 Julai 2010

PELACUR BUDAK SEKOLAH...?

Pengetua sekolah pelajar melacur akan dipanggil

PUTRAJAYA 7 Julai - Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom yang terkejut dengan laporan media berhubung tiga pelajar sekolah dipaksa melacur berkata, beliau sendiri akan memanggil pengetua sekolah pelajar terbabit.
Serentak itu, beliau mengarahkan pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka (JPNM) menghubungi pihak polis dan menyediakan laporan lengkap kepada Kementerian Pelajaran secepat mungkin.
"Kes ini amat-amat serius kerana ia berlaku kepada anak-anak yang sepatutnya dilindungi, ia tidak sepatutnya berlaku dan polis sudah lakukan tindakan sewajarnya dalam menangani masalah ini.
"JPNM dan pengetua perlu menyerahkan maklumat lengkap identiti pelajar dari sekolah mana dan selepas itu saya akan hubungi sekolah sendiri untuk tentukan apa tindakan yang akan dibuat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Alimuddin mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia berhubung tiga pelajar sekolah yang mendakwa diperdaya dan dipaksa menjual tubuh antara RM60 hingga RM80 dalam serbuan di dua hotel bajet.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan