PILIHANKU

TAJAAN

11 Julai 2010

PERCAYA SOTONG KURITA PAUL SYIRIK...?

Tilikan keputusan bola sepak haram
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my
2010/07/11

Percaya ramalan boleh rosakkan akidah: Mufti 

KUALA LUMPUR: Tokoh agama di negara ini mendakwa amalan mempercayai ramalan atau tilikan adalah haram di sisi agama Islam dan boleh merosakkan akidah.


Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsudin, berkata ramalan bagi menentu keputusan perlawanan bola sepak juga adalah haram dan umat Islam yang mempercayainya melakukan dosa besar kerana syirik terhadap Allah.
“Dalam hadis ada menegaskan ramalan, tekaan atau tilik menilik yang dilakukan manusia adalah satu pembohongan. Maka, jika manusia yang meramal pun dipanggil pembohong, apatah lagi jika haiwan yang meramal.

“Jika setiap ramalan itu betul, itu hanya kebetulan, bukan kerana kepandaian dimiliki manusia atau haiwan, sebaliknya hanya kebetulan. Oleh itu, haram bagi umat Islam percaya kepada ramalan. Perbuatan ini  akan merosakkan akidah, diri, keluarga dan masyarakat kerana mendorong kepada amalan bertaruh dan berjudi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian Online, 11/7/2010

Komen penulis: Saya dah kata, untuk suka-suka sahaja....

BIARKAN MEREKA DENGAN KECETEKAN ILMUNYA....?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan