PILIHANKU

TAJAAN

21 Ogos 2010

AHLI MASJID MENGAKUI DOA SEBUT GUAN ENG...?

Dua ahli kariah masjid akui doa sebut KM

TASEK GELUGOR 20 Ogos - Dua ahli kariah dari dua buah masjid berbeza di Pulau Pinang mengesahkan berlaku penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat seperti yang didedahkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri semalam.
Mereka ialah Pengerusi Kariah Masjid Jamek Padang Menora di sini, Hamir Mahmud dan ahli kariah Masjid Jamek Jelutong, Abu Kassin Ismail.
Hamir mengakui nama Guan Eng ada disebut oleh seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad ketika membacakan doa kedua khutbah solat Jumaat pada 25 Jun lalu.
Beliau turut mengesahkan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dalam doa khutbah pada hari tersebut walaupun lazimnya  merupakan doa yang diberikan kepada Seri Paduka selaku ketua agama Islam di Pulau Pinang.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 21/8/2010

Komen Penulis: Apabila Melayu sudah berpecah....?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan