PILIHANKU

TAJAAN

20 Ogos 2010

PIL KHAYAL BERNILAI RM15 JUTA DIRAMPAS...?

Pil khayal Eramin 5 RM15j dirampas

20/08/2010 1:17pm

IPOH – Polis merampas lebih sejuta pil khayal Eramin 5 bernilai RM15.2 juta dalam serbuan di sebuah gudang di sini semalam, hasil susulan daripada terbongkarnya kegiatan sebuah sindiket pengedaran dadah antarabangsa di Ayer Hitam, Johor, minggu lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata, sebanyak 1,015,500 biji dadah itu dijumpai dalam gudang sebuah syarikat pengangkutan yang terletak di Jalan Kuala Kangsar di sini.
Beliau berkata, dadah berkenaan tersorok dalam 58 gulungan kain dengan setiap gulungan mengandungi tiga bungkusan pil itu.
"Ini adalah rampasan terbesar pil Eramin 5 di negara tahun ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Zul Hasnan berkata, penemuan berkenaan adalah hasil tangkapan 17 anggota sindiket pengedaran dadah yang didalangi warga asing di Ayer Hitam pada 12 Ogos lepas.
Sumber: Kosmo! Online, 20/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan