PILIHANKU

TAJAAN

21 Ogos 2010

PENERBIT FILEM KENA IKAT JAMIN RM8 RIBU...?


RAJA AZMI DIKENAKAN IKAT JAMIN RM8 RIBU


KUALA LUMPUR 20 Ogos - Disebabkan tidak hadir memberi keterangan dalam satu kes saman sivil di Mahkamah Tinggi di sini pada 12 Julai lalu, penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman hampir dikenakan tindakan mahkamah hari ini.
Hal ini kerana, Hakim Datuk Lim Yee Lan menyifatkan ketidakhadiran wanita itu walaupun sapina telah dikeluarkan lebih tiga kali sebagai menghalang dan mengganggu proses mahkamah sehingga menyebabkan perbicaraan kes itu terpaksa ditangguhkan.
Raja Azmi bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan RM8,000 selepas rakannya, Zahrin Aris membayar wang ikat jamin tersebut berikutan suaminya yang juga bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek tidak dibenarkan menjadi penjamin kerana telah diisytiharkan muflis.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 21/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan