PILIHANKU

TAJAAN

22 Ogos 2010

TAK DIHINGGAP LALAT TANDA PENGAWET MAYAT...?

Ikan masin Indonesia disyaki ada pengawet mayat


DUA orang nelayan di wilayah Jawa Barat tekun mengeringkan ikan masin di bawah sinaran matahari terik.


JAKARTA - Sebuah badan bukan kerajaan, Yayasan Lembaga Konsumer Indonesia (YLKI) mendakwa, banyak ikan masin dijual didapati mengandungi bahan kimia formalin yang biasa digunakan untuk mengawet mayat.
Ketua YLKI wilayah Jambi, Warasdi berkata, pemantauan badan itu di pasar-pasar sekitar Sumatera menunjukkan keadaan kini semakin serius namun, mereka masih menjalankan kajian bagi menentukan tahap penggunaan bahan tersebut.
"Mudah sahaja untuk mengenal pasti ikan masin yang dikeringkan dengan formalin apabila ia didapati masih segar, tidak dihinggapi lalat dan isinya kenyal walaupun sudah agak lama," katanya kepada akhbar Kompas semalam.
Sumber: Kosmo! Online, 22/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan