PILIHANKU

TAJAAN

21 Ogos 2010

SERUMPUN TAPI TAK RUKUN...?

Nelayan Malaysia dilepaskan kerana tiada bukti pencurian

21/08/2010 6:28pm

JAKARTA 21 Ogos – Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Fadel Muhammad berkata, ketujuh-tujuh orang nelayan Malaysia, yang ditangkap pegawai penguat kuasa kementeriannya di Tanjong Berakit, perairan utara Bintan, Kepulauan Riau pada 13 Ogos lalu, dilepaskan kerana pihaknya tidak ada bukti mereka melakukan pencurian ikan sebagaimana didakwa.
“Bukti itu berupa bot para nelayan dan ikan yang sudah mereka tangkap, tetapi semua itu tak ada kerana telah dibawa Polis Malaysia bersama tiga orang pegawai saya,” katanya selepas acara diskusi bertajuk “Indonesia Malaysia, Serumpun Tapi Tak Rukun” yang dianjurkan Radio Trijaya, di Jakarta, Sabtu.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya membuat keputusan melepaskan ketujuh-tujuh orang nelayan itu kerana jika pun mereka akan didakwa, ia akan memerlukan waktu yang lama untuk diproses, mungkin sehingga enam bulan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 21/8/2010

Komen penulis: Yang tak rukun ialah rakyat Indonesia. Mereka suka bertindak melulu tanpa memikirkan soal jiran dan serumpun. Lihat saja apa tindakan oleh segelintir daripada mereka yang merusuh di kedutaan Malaysia...? Bakar bendera...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan