PILIHANKU

TAJAAN

21 Ogos 2010

MAYAT MANGSA DERA DITINGGAL DI PERHENTIAN BAS...?

Mayat bayi disyaki mangsa dera ditemui
Oleh Ifwan Tun Tuah
ifwan@bharian.com.my
2010/08/21

ANGGOTA polis melihat  mayat bayi dibaluti kain diletakkan di pondok menunggu bas  di Kampung Kundur Hilir.
ANGGOTA polis melihat mayat bayi dibaluti kain diletakkan di pondok menunggu bas di Kampung Kundur Hilir.
Budak ada kesan lebam pada anggota badan 

REMBAU: Sekumpulan pelajar yang dalam perjalanan ke sekolah terperanjat apabila menemui mayat seorang bayi lelaki, lengkap berpakaian dan diselimuti tuala ditinggalkan di atas bangku sebuah pondok menunggu bas di Kilometer 14 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir, di sini kira-kira jam 6 pagi semalam.

Siasatan awal polis menemui kesan lebam pada kepala, muka, mata dan belakang badan mangsa. Kejadian terbaru ini ialah kes pembuangan bayi ke-66 tahun ini.

Sumber: Berita Harian Online, 21/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan