PILIHANKU

TAJAAN

21 Jun 2010

BN ADIL KEPADA SEMUA...?

Kerajaan BN Adil Kepada Semua Kaum - Najib
BAGAN DATOH, 20 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengamalkan prinsip keadilan sosial yang berteraskan semangat dan prinsip 1Malaysia yang berlandaskan kepada Perlembagaan dan Rukun Negara.

Perdana Menteri berkata berlandaskan prinsip berkenaan, BN perlu berlaku adil kepada semua kaum di negara ini, yang mana juga selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.

"Sebagai seorang pemimpin saya mesti bersikap adil kepada semua kaum dan saya akan pastikan perkara ini menjadi keutamaan dalam kerajaan BN," katanya ketika berucap di majlis mesra rakyat bersama masyarakat Cina di perkampungan nelayan di Bagan Sungai Tiang, dekat sini.

Sempena majlis itu, Najib telah menyerahkan lesen penempatan sementara (TOL) untuk tempoh 10 tahun kepada 370 penerima yang mendiami kawasan itu sejak 50 tahun lalu.

Beliau juga mengumumkan peruntukan RM400,000 kepada lapan perkampungan nelayan di kawasan parlimen Bagan Datoh bagi melaksanakan projek kecil yang menelan kos RM50,000.
Sumber: Suntingan daripada BERNAMA, 21/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan