PILIHANKU

TAJAAN

20 Jun 2010

DADAH DISOROK DALAM ...?

Janda Ditahan Sembunyi Dadah Dalam Coli
KUALA TERENGGANU, 20 Jun (Bernama) -- Dua wanita yang berstatus janda menyembunyikan 20 botol dadah di dalam coli ketika polis membuat serbuan di di hadapan tandas awam stesen bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu Supt Roslan Abdul Wahid berkata dadah seberat 83 gram bernilai RM28,000 itu dijumpai pada salah seorang daripada wanita itu pada serbuan Khamis lepas kira-kira pukul 6 pagi.

"Kita percaya wanita itu yang juga pengedar dadah berada di situ untuk menunggu pembeli," katanya dalam sidang media di pejabat narkotik IPK di sini pada Ahad.

Beliau berkata seorang daripada wanita itu berumur 43 tahun mempunyai empat orang anak dan cucu, beralamat di Rantau Panjang, Kelantan manakala seorang lagi berumur 30 tahun beranak satu dari Kuala Lumpur.

Roslan berkata wang tunai RM106 dan mata wang bath Thailand sebanyak 1,410 bath turut dirampas daripada wanita-wanita itu.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita yang merupakan rakan baik itu juga menagih dadah jenis pil WY. Mereka direman oleh Mahkamah Majistret Terengganu sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut.
Sumber: BERNAMA, 20/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan