Perjuangan Membela Rakyat Melebihi Segalanya
Oleh Faizal Ezzany
PETALING JAYA 19 Jun - Biarkanpun Istana Johor menarik balik kesemua pingat darjah kebesaran daripada Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng namun tindakan itu tidak pernah mematahkan semangat perjuangan beliau untuk terus bersama Pakatan Rakyat dalam membawa arus perubahan politik di negara ini.
Pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana , Jui Meng menjelaskan penarikan pingat darjah kebesaran Johor adalah sebahagian daripada pengorbanan yang harus dihadapinya dalam pejuangan untuk membela rakyat.
Sebaliknya beliau tidak berasa sedih malah mengganggap perjuangan yang dilakukan pemimpin awal dalam KEADILAN lebih besar nilainya daripada pingat yang diperolehinya.
Sumber: Sedutan daripada Suara-Keadilan.com, 20/6/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan