Perceraian Azrinaz mengejutkan
PERCERAIAN antara bekas personaliti TV3, Azrinaz Mahzar Hakim Mahzar dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah merupakan berita yang cukup panas yang berlaku sepanjang minggu lalu.
Joyah sendiri tak pasti apa yang berlaku kepada pasangan diraja ini tetapi Azrinaz diceraikan pada 16 Jun lalu yang disiarkan di kaca televisyen negara tersebut. Selain itu, Joyah difahamkan segala pingat dan gelaran yang diterima oleh Azrinaz juga ditarik balik berkuat kuasa dari tarikh yang sama.
Tempoh lima tahun perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Pangiran Muda ‘Abdul Wakeel, 4 dan Pangiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 20/6/2010
Komen Penulis: Berita perceraian Sultan Brunei dengan isteri keduanya dari Malaysia iaitu Azrinaz bekas pengacara TV3 menjadi topik paling hangat minggu ini. Seperti tulisan Joyah, penulis dan para pembaca cukup terkejut dan ramai sekali yang menghubungi penulis bertanyakan sebab-musababnya.
Jelas penulis, hanya mereka sahaja yang tahu.... dan kita pun tak perlulah ambil tahu hal-hal peribadi orang.....?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan