Ibu, anak maut rempuh lori
2010/06/20
ANGGOTA polis mengangkat mayat Mohd Hafizaikal di KM418 Lebuh Raya Utara-Selatan, semalam.
HULU SELANGOR: "Saya tidak sangka gurauan arwah pagi kelmarin yang bertanya bila kami akan berjumpa semula rupanya menjadi petanda akhir hayatnya. Inilah percutian terakhir kami dua beradik."
Luahan itu disuarakan Rosidah Hassan, 46, mengenai adiknya, Rosilawati, 43, yang maut bersama anak bongsunya dalam kemalangan, berhampiran Kuala Kubu Bharu, pagi semalam.
Dua beranak itu adalah antara tiga maut dalam dua nahas berasingan membabitkan sebuah lori, kereta dan bas di kilometer 416 dan kilometer 418 Lebuh Raya Utara-Selatan.
Ibu beranak enam itu dan anak bongsunya, Mohd Hafizaikal Abd Hamid yang baru berusia setahun, maut apabila kereta Proton Persona dipandu suaminya, Abd Hamid Ismail, 50, terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki.
Kejadian jam 7.50 pagi berhampiran susur keluar Bukit Tagar itu berlaku apabila lori tangki membawa muatan simen mengalami kerosakan brek dan
tayarnya terbabas lalu terbalik dan merempuh penghadang jalan di laluan bertentangan dan dilanggar kereta berkenaan.
Sumber: Berita Harian Online, 20/6/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan