PILIHANKU

TAJAAN

07 Jun 2010

SULTAN KELANTAN MAKIN SIHAT...?

Sultan Kelantan kembali memerintah bila-bila masa

TUANKU Ismail Petra kini dilaporkan semakin sihat berbanding keadaan baginda ketika dibawa pulang dari HUSM pada 9 Mei lalu.

KOTA BHARU - Tuanku Ismail Petra kini dilaporkan semakin pulih dan dijangka kembali menjalankan tanggungjawab baginda selaku Sultan Kelantan pada bila-bila masa sahaja.
Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry berkata, kini terserah kepada Tuanku Ismail Petra untuk menentukan waktu yang sesuai bagi kembali aktif memerintah.
"Tahap kesihatan Tuanku Sultan cukup bagus, bila-bila masa sahaja boleh masuk ke pejabat,'' kata Tengku Muhammad Fakhry ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Futsal Piala Happy di Arena Futsal di sini semalam.
Sumber: Kosmo Online, 7/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan