PILIHANKU

TAJAAN

05 Julai 2010

3 MAUT AWAL PAGI...?

SEREMBAN - Tindakan seorang pelancong warga Denmark yang memandu kenderaannya melawan arus di Kilometer 277.5 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Nilai di sini semalam mengundang tragedi apabila tiga terkorban selepas sebuah kereta BMW merempuh kenderaan dipandu lelaki warga asing itu.
Kemalangan pada pukul 4.34 pagi itu berlaku, selepas kereta dipandu lelaki Denmark yang berusia 27 tahun itu pada mulanya didakwa bergesel dengan sebuah kereta Proton Waja kira-kira lima kilometer dari lokasi kemalangan kedua.
Tidak diketahui puncanya, lelaki Denmark berkenaan kemudian didakwa telah memandu kenderaan Renault Kangoo secara melawan arus selepas berlaku kemalangan pertama.
Sumber: Kosmo! Online, 5/7/2010

1 ulasan:

  1. ada lagik tak gamba???tolong yea......sebab salah sorang yang meninggal tuh adalah bapa kepada kawan saya.....nama Zulkarnain Adam....tolong email kepada saya gambar lebih lanjut.... gurl_massela@yahoo.com

    BalasPadam