PILIHANKU

TAJAAN

05 Julai 2010

KRISIS AFGHANISTAN TIADA TITIK NOKTAH...?

Perang Afghanistan semakin kritikal


2010/07/05

Taliban berada pada kedudukan paling kuat

KABUL: Perang di Afghanistan yang sudah berlarutan selama sembilan tahun kini berada pada tahap kritikal, kata panglima tentera Amerika Syarikat yang baru di negara itu, Jeneral David Petraeus semalam selepas mengambil alih pentadbiran 150,000 tentera asing diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). 

Kita berhadapan dengan perang yang sukar. Selepas bertahun-tahun berperang kita kini berada pada saat kritikal, kata Petraeus kepada tetamu yang menghadiri majlis penyerahan kuasa di ibu pejabat Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) di Kabul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan