PILIHANKU

TAJAAN

11 Julai 2010

PERBINCANGAN MEJA BULAT UPSR DAN PMR...?

Meja bulat mansuh UPSR, PMR

MARANG – Perbincangan meja bulat antara Kementerian Pelajaran dengan pihak-pihak yang berkenaan berhubung cadangan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan diadakan pada 17 Julai ini.
Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi bagi mendengar cadangan daripada semua pihak sebelum keputusan dibuat.
“Setakat ini, Majlis Guru Besar, Majlis Permuafakatan Guru-Guru dan Majlis Pengetua memberikan pandangan yang amat positif tentang cadangan ini.
“Mereka bersetuju kedua-dua peperiksaan itu dihapuskan dan diberi penekanan terhadap satu peperiksaan utama sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya ketika ditemui di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai di sini semalam.
Sumber: Kosmo! Online, 11/7/2010
Komen penulis: Jangan tergesa-gesa, nanti anak bangsa yang akan merana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan