PILIHANKU

TAJAAN

04 Julai 2010

WP DAN JOHOR JUARA TILAWAH KE-35...?

Qari Wilayah Persekutuan, Qariah Johor Johan Tilawah Al- Quran
KOTA KINABALU, 3 Julai (Bernama) -- Qari Wilayah Persekutuan Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dan qariah Johor Nor Azrah Ayub malam ini dinobatkan sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan ke-53 di sini.

Masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM15,000 dan pakej menunaikan ibadah haji.

Wan Ainuddin Hilmi, 28, dan Nor Azrah, 32, akan mewakili negara pada Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa yang akan berlangsung di Kuala Lumpur bermula 27 Julai hingga 3 Ogos.

Sementara itu qari Kelantan Muhammad Anuar Ghazali, 34, dan qariah Selangor Nor Ruzana Natiah Jaafar, 27, muncul naib johan qari dan qariah, manakala tempat ketiga masing-masing dimenangi Othman Azumi Ahmad, 51, dari Kedah dan Normalina Alias, 28, dari Wilayah Persekutuan.
Sumber: BERNAMA, 4/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan