PILIHANKU

TAJAAN

16 Ogos 2010

BERITA AMUK DI TERENGGANU...?

Menggelupur kena cuka getah 
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Hamid Salleh dan Ahmad Rabiul Zulkifli
bhkt@bharian.com.my
2010/08/16

CHE KU ZAIMAH  terlantar di HSNZ apabila terkena simbahan cuka getah oleh suaminya yang mengamuk 
di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, semalam.
CHE KU ZAIMAH terlantar di HSNZ apabila terkena simbahan cuka getah oleh suaminya yang mengamuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, semalam.
Warga emas menjerit lihat anak bergelut dengan suami, cucu kesakitan 

KUALA TERENGGANU: “Sayu hati melihat dua cucu yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman bapa mereka sendiri apabila disimbah cuka getah. Semuanya akibat mengikut nafsu marah,” kata Minah Omar, 56, yang turut cedera disimbah cuka getah oleh menantunya dalam kejadian amuk di rumahnya di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu di sini, awal pagi semalam.
Minah berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga sedang lena tidur, sebelum menantunya yang kini dalam proses bercerai dengan anak perempuannya dan tinggal berasingan, datang ke rumahnya kira-kira jam 1.30 pagi.
“Tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi bising dan teriakan meminta tolong daripada anak perempuan saya yang tidur di bilik bersebelahan. 

“Saya terus bergegas ke bilik itu dan terkejut melihat anak saya sedang bergelut dengan suaminya, manakala dua orang cucu saya menggelupur di lantai akibat terkena cuka getah. 

“Saya nampak menantu saya melumurkan cecair itu ke badan isterinya. Saya cuba menghalang, tetapi tidak berdaya. Saya kemudian turut disimbah dengan cuka getah itu, tetapi mujur hanya terkena sedikit pada mata kiri saya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. 

Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, anak suspek, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, melecur di muka dan di badan manakala isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, melecur di belakang badan dan di sebahagian lehernya. 
Seorang lagi anak suspek, Muhammad Irfan Firdaus, 2, melecur di muka dan di badan. 

Sumber: Berita Harian Online, 16/8/2010


Tiada ulasan:

Catat Ulasan