PILIHANKU

TAJAAN

13 Ogos 2010

BUAH KABUNG...?


BUAH KABUNG ENAK DICAMPUR DALAM 'ABC'...?
Pokok Kabung atau juga dikenali sebagai pokok Enau di Indonesia, (bahasa Inggeris:Common Sugar Palm) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara, dan Australia Utara. Nama botaninya Arenga pinnata.
Pokok Kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun bak bulu burung. Batang pokoknya kukuh dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali.
Bunga Pokok Kabung tumbuh berumpun-rumpun, dengan bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan. Tangkai bunga jantan pokok Kabung menghasilkan todi yang boleh dijadikan cuka atau gula.
Buah Pokok Kabung berjuntai-juntai sepanjang 1.5 meter (5 kaki). Setiap tandan mempunyai 10 tangkai, dengan setiap tangkai ada lebih kurang 50 biji buah kabung berwarna hijau yang tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal.
Buah kabung dileruikan (dipisahkan) dari tangkainya dan direbus dalam tin minyak tanah yang telah dibersihkan. Setelah 1-2 jam direbus, buah tadi dibelah dua atau tiga. Ada tiga isi dalam setiap buah kabung bersaiz besar. Isi kabung direbus lagi untuk dijadikan agar-agar yang liat. Warnanya putih jernih. Agar-agar itu kemudian dimasak dengan air gula selama beberapa jam.
Sumber: Wikipedia
Komen penulis: Umm.... sedap jika dimakan bersama-sama ABC atau cendol...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan