PILIHANKU

TAJAAN

14 Ogos 2010

LAGI BERITA BAZAR RAMADAN ROBOH DISERANG RIBUT...?

Dua maut khemah bazar Ramadan di Jasin roboh

2010/08/13


JASIN: Dua orang termasuk seorang peniaga cendol terbunuh manakala seorang parah dan 17 orang lagi cedera apabila khemah bazar Ramadan di pekarangan Stadium Jasin roboh dan diterbangkan angin ribut pada 4.45 petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Che Suza Che Hitam, berkata mangsa yang maut ialah peniaga bazar, Abdul Omar, 70, dari Batu 16, Kampung Ayer Merbau dan Mahadi Mohamad, 40, dari Batu 15 Ayer Merbau.

 "Siasatan awal mendapati Abdul meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, dipercayai terkena palang besi khemah yang diterbangkan angin manakala Mahadi meninggal dunia di Hospital Jasin.
 "Mangsa yang parah pula dipercayai peniaga, namun identitinya masih belum dikenal pasti. Dia sudah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

"Manakala 17 orang lagi yang cedera ialah pengunjung dan peniaga dan mereka mendapat rawatan lanjut di Hospital Jasin," katanya. 

Sumber: Berita Harian Online, 14/8/2010


Tiada ulasan:

Catat Ulasan