PILIHANKU

TAJAAN

13 Ogos 2010

TERJUN SUNGAI SELEPAS NAHAS...?

Mati lemas selepas nahas kereta
Oleh Mohammad Ishak 

2010/08/12



JERTIH: Seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ditemui lemas akibat terjun ke sungai, selepas berjaya keluar dari keretanya yang terbakar dalam kemalangan di Kampung Pulau Salim, Kuala Besut, di sini, semalam. 


Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Rosmazila Ibrahim, 31, seorang guru KAFA dikatakan mengalami tekanan perasaan dan memandu laju dari Seberang Jertih ke Kuala Besut, sebelum keretanya terbabas dan merempuh tembok konkrit jalan, lalu berpusing beberapa kali dan terbakar.

Mangsa berjaya keluar dari keretanya yang remuk dan terbakar itu, dipercayai terjun ke sungai 20 meter dari tempat kejadian. 


Mangsa masih bujang dan mengajar Kelas KAFA di Hulu Besut dipercayai mengalami gangguan mental sejak seminggu lalu, dikatakan keluar memandu seorang diri tanpa tujuan dari rumahnya di Kampung Darau sebelum kemalangan itu berlaku, katanya di sini, semalam. 

Sumber: Berita Harian Online, 13/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan