PILIHANKU

TAJAAN

01 Julai 2010

FITNAH: FELDA BERTINDAK...?



Artikel Felda Bankrap: Felda Tuntut RM200 Juta Ganti Rugi

KUALA LUMPUR 1 Julai - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini menuntut ganti rugi berjumlah RM200 juta serta mohon maaf daripada KEADILAN, penerbit Pelita Koridor Sdn Bhd serta pencetak dalam tempoh tujuh hari berhubung artikel 'Felda Bankrap' yang siarkan dalam Suara Keadilan dalam isu 237 keluaran 22-29 Jun lalu.
Pada sidang media di parlimen petang tadi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata tuntuntutan ganti rugi sebanyak RM200 juta itu adalah kerana artikel tersebut didakwa telah menjatuhkan imej Felda.
Ahmad berkata surat tuntutan ganti rugi dan mohon maaf telah dihantar kepada ketiga-tiga pihak terbabit dan sekiranya syarat ganti rugi dan permohonan maaf gagal dipenuhi oleh pihak terbabit, Felda akan mengambil tindakan mahkamah sejurus tamat tempoh yang diberikan.
Sumber: Suara-Keadilan.com, 1/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan