PILIHANKU

TAJAAN

21 Julai 2010

GADUH BERSENJATA...?

Pergaduhan bersenjata: 16 termasuk pelajar ditahan

20/07/2010 5:42pm

GEORGETOWN - Polis menahan 16 orang, termasuk seorang pelajar berusia 15 tahun bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan di Taman Lip Sin di Sungai Dua di sini, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam tadi, sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau dan parang dikatakan bertindak ganas menyerang dua orang lelaki yang sedang menjaja di kawasan awam di taman berkenaan.
Katanya, kedua-dua orang peniaga itu sempat melarikan diri dan diselamatkan polis yang bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas menerima aduan orang ramai.
Sumber: Kosmo! Online, 20/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan