PILIHANKU

TAJAAN

18 Julai 2010

KEMALANGAN NGERI: PELANCONG SINGAPURA TERBUNUH...?

Gambar hiasan

Pelancong Singapura maut, lapan cedera dalam kemalangan
17/07/2010 6:22pm


IPOH 17 Julai -- Seorang pelancong Singapura terbunuh,manakala lapan yang lain cedera apabila van yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km 248.7 Lebuh raya Utara-Selatan dekat sini hari ini.
Mangsa yang mati itu dikenali sebagai Benny Goh, 63.
"Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar," kata Ketua Polis Trafik Perak, Supt Wan Abdullah Ishak.
Beliau berkata mangsa yang cedera pula terdiri daripada tiga wanita dan empat lelaki termasuk pemandu van berkenaan.
Tiga daripada mereka dirawat di Hospital Permaisuri Bainun manakala empat lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Kangsar.
Wan Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira 11.40 pagi ketika mereka
dalam perjalanan dari Butterworth menuju Cameron Highlands apabila van itu dikatakan terbabas sebelum merempuh penghadang lebuh raya.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 17/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan