PILIHANKU

TAJAAN

17 Julai 2010

KEBAKARAN HOTEL DI IRAQ MEMBUNUH 29 PENGHUNI...?

29 maut hotel terbakar di Iraq

Posted by admin on Jul 16, 2010 | Leave a Comment
ANGGOTA bomba sedang berusaha mengawal api marak yang membakar Hotel Soma di utara Iraq, semalam.
BAGHDAD: Satu kebakaran di sebuah hotel lima tingkat di utara Iraq mengorbankan 29 orang, termasuk rakyat asing, wanita dan kanak-kanak, kata polis di bandar Sulaimaniyah semalam.
Beberapa mangsa maut selepas mereka melompat keluar daripada tingkap bagi menyelamatkan diri daripada kebakaran itu.
Ketua polis, Brigadier Jeneral Najim-ali-Din Qadir berkata kebakaran di Hotel Suma itu bermula lewat malam kelmarin, dan siasatan awal mendapati ia berpunca daripada litar pintas dan kerosakan elektrik di bangunan hotel terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan