PILIHANKU

TAJAAN

17 Julai 2010

PAS TOLAK KERJASAMA POLITIK DENGAN UMNO...?



PAS Tetap Tolak Kerjasama Politik Dengan Umno

Oleh Rusnizam Mahat
KUALA LUMPUR 17 Julai - PAS mengulangi pendirian untuk kekal bersama Pakatan Rakyat dan meneruskan hubungan yang sedia terjalin dalam gagasan itu, sekali gus menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno.
Sebaliknya, PAS hanya bersedia mengadakan perbincangan antara kerajaan negeri Kelantan dan pusat mengenai beberapa perkara yang menyentuh mengenai kepentingan masyarakat Melayu dan Islam.
"Kerjasama politik pada waktu ini, PAS memang bersama Pakatan Rakyat sehinggalah ke pilihan raya ke-13. Sebab kita memang berjanji macam itu. Perkara ini mesti jelas kerana kita tak mahu disalah fahami. 
"Walaupun kerjasama dalam Pakatan Rakyat bukan melibatkan undang-undang sebaliknya hanya berdasarkan kepercayaan, PAS tak akan khianat," kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS semalam.
Sumber: Suara-Keadilan.com, 17/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan