PILIHANKU

TAJAAN

01 Ogos 2010

BRUNEI: 2 KONSTABEL RASUAH...?


Dua konstabel polis didapati rasuah

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 31 Julai. - Dua orang konstabel polis di Cawangan Lalu lintas dan Peronda Daerah Belait, Polis Diraja Brunei, PC 2826 Awang Kassim bin Amat dan PC 3205 Awang Yunus bin Haji Awang Yussof telah didapati bersalah  atas satu pertuduhan di bawah Bab 6 (a) Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131).

Timbalan Pendakwa raya, Dayang Hajah Anifa Rafiza binti Haji Abd. Ghani memaklumkan  mahkamah bahawa hasil siasatan Biro Mencegah Rasuah mendapati bahawa pada 16 April 2005 di kawasan Jalan Pandan 7/8 Kuala Belait, kedua-dua orang  tertuduh dengan secara tidak jujur memperoleh wang suapan berjumlah BND100 daripada seorang warganegara asing.

Wang tersebut merupakan sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap warga negara asing tersebut kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan Lalu lintas, Akta Lalu lintas (Penggal 68).
Mahkamah telah menetapkan tarikh 7 Ogos 2010 jam 10.00 pagi untuk menjatuh hukuman dan kedua-dua orang  tertuduh kini ditahan di Penjara Jerudong.

Sumber: Ubah suai daripada Pelita Brunei, 1/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan